PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS PERAK DAN LENCANA MAJU 2012
PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS PERAK (SR)
DAN PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA MAJU ( SM)
PERINGKAT DAERAH HULU PERAK TAHUN 2012
1.0 PENGENALAN
Perkhemahan Ujian Lencana Keris Perak (Sr) Dan Perkhemahan Ujian Lencana Maju ( Sm) adalah untuk menilai ahli-ahli pengakap Tahun 5 dan Tingkatan 2 dalam kemahiran kepengakapan mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Oleh itu, perkhemahan ujian ini perlu diadakan bagi mengukur potensi ahli-ahli pengakap.
2.0 MATLAMAT
Mendedahkan anak-anak pengakap dengan aktiviti kepengakapan, membina daya kepimpinan, membentuk disiplin dan memupuk semangat perpaduan di kalangan guru dan peserta. Ia juga memberikan peluang kepada peserta-peserta untuk menonjolkan kebolehan individu dan semangat berpasukan. Ini adalah salah satu cara penghargaan kepada murid-murid dalam aktiviti kepengakapan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Proses penilaian terhadap calon-calon yang layak untuk dianugerahkan lencana Keris Perak ( Pengakap Kanak-kanak) dan Lencana Maju (Pengakap Muda)
3.2 Penilaian secara piawai dapat dibuat terhadap keseluruhan calon di peringkat Daerah Hulu Perak.
3.3 Peluang kepada murid untuk mengaplikasikan kemahiran kepengakapan terhadap situasi sebenar.
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Lencana Keris Perak : Semua ahli PENGAKAP TAHUN 5 sekolah-sekolah rendah daerah Hulu Perak yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun Mac 2012 – Mac 2013.
4.2 Lencana Maju : Semua ahli PENGAKAP TINGKATAN 2 sekolah-sekolah menengah daerah Hulu Perak yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun Mac 2012 – Mac 2013.
4.3 Jumlah penyertaan setiap sekolah tidak dihadkan.
5.0 TARIKH
5.1 5 OKTOBER 2012 hingga 7 OKTOBER 2012
5.2 3 hari 2 malam (Jumaat hingga ahad)
6.0 TEMPAT
6.1 Sekolah Kebangsaan RKT Bersia,
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.
7.0 YURAN PENYERTAAN
7.1 Peserta : RM 30.00
8.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
8.1 Penyertaan hanya terbuka kepada calon-calon yang telah mendaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2012.
8.2 Calon-calon hendaklah terdiri daripada ahli pengakap TAHUN LIMA DAN TINGKATAN DUA SAHAJA.
8.3 Calon-calon hendaklah mempunyai tahap kesihatan tubuh badan yang baik, tidak dijangkiti penyakit berjangkit dan tidak mempunyai penyakit yang kronik. Borang Perakuan Kesihatan hendaklah dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah masing-masing. Pihak kontinjen perlu mengistiharkan tahap kesihatan setiap murid / calon di dalam borang pendaftaran sekolah. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap calon adalah tanggungjawab sekolah masing-masing.
8.4 Semua peserta yang mewakili sekolah hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga. Borang Kebenaran Penjaga dan Borang Pelepasan Tanggungan perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada sekolah masing-masing.
9.0 PENDAFTARAN
9.1 Semua sekolah dikehendaki melengkapkan borang pendaftaran peserta yang dilampirkan bersama buku ini yang ditaip menggunakan perisian Microsoft Excell sahaja dalam jenis Font Arial bersaiz 11 dan dihantar secara digital
9.2 Salinan cetakan senarai nama boleh diserahkan semasa pendaftaran untuk penyemakan dan pengesahan.
10.0 PENGANGKUTAN
10.1 Perjalanan pergi dan balik peserta hendaklah diuruskan oleh sekolah masing-masing.
11.0 MAKANAN DAN MINUMAN
11.1 Segala urusan makanan dan minuman untuk guru pengiring sekolah dan peserta akan diuruskan oleh pihak pengelola dengan bayaran yang ditetapkan di dalam borang penyertaan.
11.2 Semua peserta / guru pengiring dan pegawai dikehendaki mematuhi masa makan mengikut jadual yang disediakan.
12.0 PENGINAPAN
12.1 Semua peserta dan guru pengiring mesti menginap di dalam khemah di kawasan perkhemahan yang telah disediakan.
12.2 Semua sekolah disarankan untuk membawa khemah yang secukupnya mengikut bilangan peserta dan guru pengiring.
13.0 PETI BANTU MULA (FIRST AID BOX)
13.1 Setiap sekolah dikehendaki membawa peti bantu mula dan diuruskan oleh guru pengiring daerah masing-masing.
14.0 PAKAIAN PESERTA DAN GURU PENGIRING
14.1 Setiap peserta dan guru pengiring dikehendaki membawa uniform pengakap yang lengkap.
14.2 Uniform lengkap Pengakap hendaklah dipakai semasa Majlis Perasmian Penutupan Kem.
14.3 Semasa aktiviti semua peserta, guru pengiring dan pegawai hendaklah memakai pakaian seperti yang diarahkan oleh kem komandan.
14.4 Peserta, guru pengiring dan pegawai tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan singlet sepanjang masa perkhemahan kecuali untuk mandi.
14.5 Pemakaian selipar semasa aktiviti tidak dibenarkan.
15.0 PENYERTAAN AKTIVITI
15.1 Semua peserta wajib mengambil bahagian di dalam aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur mengikut syarat dan jadual yang telah ditetapkan.
16.0 KESELAMATAN DAN KECEMASAN
16.1 Semua jenis senjata adalah ditegah untuk disimpan di dalam khemah peserta. Guru pengiring kontingen bertanggungjawag untuk menyimpan segala pisau / parang dan lain-lain peralatan yang difikirkan berbahaya yang telah dibawa untuk tujuan logistik.
16.2 Rokok, dadah, minuman keras, judi, salahlaku jenayah dan maksiat adalah ditegah dan peserta akan dihantar pulang dengan sertamerta ke daerah masing-masing sekiranya didapati bersalah melanggar larangan di atas.
16.3 Kawasan perkhemahan murid lelaki adalah kawasan larangan bagi murid perempuan.
16.4 Kawasan perkhemahan murid perempuan adalah kawasan larangan bagi murid lelaki.
16.5 Guru Pengiring disarankan menjarakkan kawasan penginapan bagi murid lelaki dan murid perempuan.
16.6 Semua peserta dikehendaki MENGUTAMAKAN KESELAMATAN sepanjang perkhemahan berlangsung.
16.7 SILA LAPORKAN DENGAN SEGERA KEPADA PIHAK URUSETIA JIKA BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN DAN KECEMASAN.
17.0 KETETAPAN MASA DAN PERGERAKAN ANGGOTA
17.1 Peserta hendaklah bersiap 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan. Kelewatan mengakibatkan aktiviti yang dirancang akan tergendala.
17.2 Semua pergerakan peserta di dalam kem hendaklah dalam kumpulan dan ahlinya seminima 2 orang.
17.3 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontingen selepas jam 2359H sehingga 0500H kecuali terdapat kecemasan atau diiringi pegawai atau guru.
18.0 PERATURAN KEBERSIHAN : “BERSIH PERSEKITARAN MURNI JIWA”
18.1 Kawasan luar dan dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur.
18.2 Pemeriksaan tahap kebersihan khemah akan dilakukan oleh pegawai dari kontingen masing-masing.
18.3 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
18.4 Dilarang menebang, mencantas atau mematahkan sebarang pokok di tapak perkhemahan dan sekitarnya.
18.5 Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun.
18.6 Pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan bersih dan terbaik kerana ia adalah untuk kegunaan ramai / bersama.
18.7 Pagi peserta puteri, sila pastikan tuala wanita yang telah digunakan dibuang di tempat yang sepatutnya.
19.0 PERATURAN KELUAR MASUK KAWASAN KEM
19.1 Semua urusetia keluar masuk kawasan kem (peserta / guru pengiring / pegawai ) hendaklah didokumenkan / dicatatkan di dalam borang yang disediakan. Sila maklumkan pergerakan keluar masuk kawasan kepada urusetia atau pegawai bertugas.
19.2 Semua peserta dan guru disarankan supaya meminimakan pergerakan keluar masuk.
19.3 Peserta dilarang sama sekali keluar kawasan kem melainkan atas urusan rasmi kecemasan dan sebagainya dengan mendapat kebenaran daripada Kem Komandan dan Pemimpin masing-masing.
20.0 KEPERLUAN PESERTA
20.1 Unifom lengkap Pengakap (WAJIB)*
20.2 Alat tulis / pensel warna
20.3 T-shirt sukan berkolar, seluar sukan dan kasut sukan.
20.4 Pakaian solat
20.5 Peralatan mandi
20.6 Lampu suluh
20.7 Khemah dan belerang (sulfur)
20.8 Sudu, pinggan plastik dan cawan plastic
20.9 Keperluan peribadi
20.10 Bahan makanan ringan
20.11 Peti pertolongan cemas (Disediakan oleh Pemimpin/Guru pengiring)
20.12 Ubat-ubatan peribadi
20.13 Keperluan lain yang difikirkan perlu yang tidak menyalahi peraturan kem.
21.0 TENTATIF PERKHEMAHAN
21.1 Adalah seperti jadual di bawah.
MASA | JUMAAT | SABTU | AHAD |
0600 |
| SELAMAT PAGI / SOLAT SUBUH / PERSIAPAN DIRI | |
0630 | |||
0700 | SARAPAN PAGI / PERHIMPUNAN PAGI / TAKLIMAT | ||
0730 | |||
0800 | |||
0830 |
AKTIVITI* | GOTONG-ROYONG AKTIVITI SUB KEM | |
0900 | |||
0930 | |||
1000 | MAJLIS PENUTUP | ||
1030 | |||
1100 | |||
1130 | |||
1200 |
REHAT / MAKAN TENGAHARI / SOLAT JUMAAT (1320)
|
| |
1230 | |||
1300 | |||
1330 | |||
1400 | |||
1430 | |||
1500 |
PENDAFTARAN/ TAKLIMAT SOP/ PERSIAPAN KHEMAH | ||
1530 | AKTIVITI* | ||
1600 | |||
1630 | MINUM PETANG / SOLAT ASAR | ||
1700 | AKTIVITI* | ||
1730 | |||
1800 | MAKAN MALAM | ||
1830 | |||
1900 |
SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH / BACAAN SURAH YASIN / KULIAH MAGHRIB / SOLAT ISYA’ | ||
1930 | |||
2000 | |||
2030 | |||
2100 | AKTIVITI * | MALAM KEBUDAYAAN | |
2130 | |||
2200 | |||
2230 | |||
2300 | MINUM MALAM / TAKLIMAT / PERINGATAN | ||
2330 | |||
0000 | SELAMAT MALAM |
Blog Archive
Monday 1 October 2012
PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS PERAK DAN LENCANA MAJU 2012
MANA-MANA SEKOLAH YANG TIDAK MENDAPAT MAKLUMAT TERSEBUT MELALUI EMEL SILA EMELKAN PERMINTAAN ANDA KE scouthuluperak@gmail.com atau hubungi ENCIK MOHD SYAHRULNIZAM BIN RAMLI DI TALIAN 0126682736.
SEKIAN, HARAP MENDAPAT KERJASAMA DARI SEMUA PEMIMPIN.